Mula dari bawah, kini Zoey Rahman bergelar jutawan kosmetik | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Mula dari bawah, kini Zoey Rahman bergelar jutawan kosmetik

Penulis: Nisa Irina

Zoey dilihat semakin berjaya dengan kerjaya sebagai usahawan.
Zoey dilihat semakin berjaya dengan kerjaya sebagai usahawan.

26 Nov – Biarpun semakin jarang muncul di kaca TV mahupun layar perak, namun ternyata segala usaha pelakon Zoey Rahman untuk membangunkan perniagaan kosmetiknya, Mika Series, sejak 2017 tidak sia-sia kerana kini dia bergelar jutawan.

Menurut pemilik nama lengkap Mohd Hairey Azhar Abd Rahman itu, dia mengakui telah dipersendakan oleh rakan-rakannya ketika meluahkan hasrat untuk memulakan perniagaan produk kosmetik.

"Mulanya kawan-kawan gelakkan saya. Betulkah saya nak buat bisnes kosmetik ini? Sebab kebiasaannya dunia kosmetik untuk golongan wanita saja. Mereka siap cakap takkan saya nak pakai 'makeup' untuk buat promosi.

"Malah ada persoalkan adakah boleh kaya buat kosmetik ini. Biasanya kosmetik ini kaya sekejap saja. Selepas dua sehingga lima tahun mesti akan jatuh.

"Baru-baru ini ada lagi bertanya, adakah betul saya nak jual produk di Watsons? Adakah Watsons terima produk tempatan macam saya punya? Mampukah produk Melayu bersaing dengan jenama antarabangsa lain?

"Apatah lagi dengan musim pandemik COVID-19. Kemudian mereka senyum sinis seolah-olah memperlekehkan semangat saya," katanya.

Walau bagaimanapun, pelakon drama "Cik Sempurna" itu yakin dengan rezeki yang dilimpahkan oleh-Nya dan nekad untuk memberikan kualiti serta servis terbaik buat para pelanggannya.

Tambah Zoey lagi, segala perkara negatif yang dilempar kepadanya harus ditolak tepi demi mengejar kejayaan pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, baru-baru ini Zoey memuat naik sedikit sedutan siri drama adaptasi Korea, "Black" dan memberi bayangan bahawa ia bakal muncul dengan musim kedua.

(Sumber foto: Zoey Rahman Instagram)

Cinema Online, 26 Nov 2020

Filem Berkaitan:
Awang Gerudi (Melayu) (27 Dis 2018)
Aku Haus Darah Mu (Melayu) (02 Feb 2017)
Manisnya Cinta Di Cappadoccia (Melayu) (11 Dis 2014)


Waktu Tayangan