Zul Ariffin lebar sayap dalam dunia pengacaraan pula? | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Zul Ariffin lebar sayap dalam dunia pengacaraan pula?

Penulis: Ashraf Nasser

Zul Ariffin bakal muncul dengan filem aksi terbaru tidak lama lagi.
Zul Ariffin bakal muncul dengan filem aksi terbaru tidak lama lagi.

7 Jul – Pelakon terkenal Zul Ariffin berkata dia tidak menolak untuk melebarkan sayapnya dalam dunia pengacaraan pula selepas diberi peluang untuk menjadi hos program Melodi bersama Janna Nick baru-baru ini.

"Rasa gementar itu pasti ada, apalagi ia perkara baharu buat saya. Namun, saya tidak mahu terlalu menekan diri kerana ia percubaan pertama. Apa yang saya buat adalah menjadi diri sahaja sepanjang mengacara di samping Janna.

"Dalam fikiran saya, cuma mahu berseronok dengan tugasan itu. Disebabkan itu, saya tunjukkan gaya penyampaian yang semula jadi tanpa melebih-lebih atau berpura-pura. Yang penting, saya dapat sampaikan setiap maklumat dengan baik," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah pelakon "J Revolusi" itu lagi, walaupun gementar namun dia menimba banyak pengalaman baru sepanjang penggambaran program itu.


Zul Ariffin kongsi foto ketika bersama Janna Nick mengendalikan program Melodi.

Dalam pada, pelakon berusia 34 tahun itu juga berterima kasih kepada rakan hos iaitu Janna yang banyak bantunya ketika mengacara dan keseluruhan produksi yang banyak bantu melancarkan tugasnya.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbaru Zul bakal muncul dengan filem sekuel "J Retribusi" yang mana dia bakal kembali menghidupkan wataknya sebagai Jay Zulkarnian, seorang anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK).

Filem itu masih lagi dalam proses pos-produksi dan dijangka akan menemui penonton pada tahun hadapan.

(Sumber foto: Zul Ariffin Instagram)

Cinema Online, 07 Jul 2020

Filem Berkaitan:
J Revolusi (Malay) (02 Mar 2017)
Hantu Kak Limah (Malay) (09 Aug 2018)
Misteri Dilaila (Malay) (21 Feb 2019)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan