Adrian Teh dan Syamsul Yusof bakal bekerjasama hasilkan filem aksi | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Adrian Teh dan Syamsul Yusof bakal bekerjasama hasilkan filem aksi

Penulis: Nisa Irina

Peminat letak jangkaan tinggi untuk filem aksi Adrian Teh dan Syamsul Yusof.
Peminat letak jangkaan tinggi untuk filem aksi Adrian Teh dan Syamsul Yusof.

5 Jan – Selepas menjayakan filem "Wira" dan "Pasal Kau!", kini penerbit dan pengarah Adrian Teh mengumumkan kerjasama dengan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof bagi sebuah projek filem terbaru.

Berita gembira itu telah dikongsi menerusi laman Instagram milik Adrian, syarikat produksinya, Act 2 Pictures Sdn Bhd serta laman Instagram milik Syamsul Yusof.

Seperti yang dinyatakan, projek itu merupakan sebuah filem aksi dan kali ini Adrian memilih Syamsul sebagai peneraju utama.

Tidak dinafikan bahawa genre aksi adalah kepakaran dua pengarah tersohor ini dan peminat mula menjangkakan ia bakal menjadi sebuah filem hebat.

Walau bagaimanapun, buat masa ini butiran lanjut mengenai filem itu masih belum didedahkan, termasuk judulnya memandangkan ia masih dalam fasa pra-produksi.

Dalam perkembangan lain, Adrian kini menjadi penolong pengarah kepada pelakon Hairul Azreen yang buat kali pertamanya duduk di bangku pengarah bagi filem seram "Ada Hantu".

(Sumber foto: Act 2 Pictures Instagram)

Cinema Online, 05 Jan 2021

Filem Berkaitan:
Wira (Melayu) (21 Nov 2019)
Paskal The Movie (Melayu) (27 Sept 2018)
Balistik (Melayu) (09 Jan 2014)


Waktu Tayangan