Osman Ali buntu cari pelakon remaja yang serius | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Osman Ali buntu cari pelakon remaja yang serius

Penulis: Nisa Irina

Osman Ali sedang mencari pelakon remaja untuk membintangi drama bersiri terbarunya.
Osman Ali sedang mencari pelakon remaja untuk membintangi drama bersiri terbarunya.

14 Jan – Pengarah Osman Ali mengakui buntu untuk mencari pelakon remaja yang benar-benar serius dalam menceburi bidang lakonan dan bukan sekadar untuk mengejar populariti.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Osman kini mengalami kesukaran untuk mencari pelakon yang sesuai dan memenuhi kriteria untuk membintangi sebuah drama bersiri terbaru arahannya.

"Buat masa sekarang tengah dalam persiapan untuk pengambaran sebuah drama bersiri remaja. Tapi bila mencari pelakon yang terbaik untuk watak-watak utama tersebut seolah terbuntu seketika.

"Kalau ada pelakon muda remaja pun ramai yang dah berlakon dengan imej dewasa watak suami isteri untuk memenuhi tuntutan drama cinta semasa," katanya.

Justeru, pengarah filem "Langsuir" itu turut meminta pendapat dan cadangan daripada orang ramai berhubung pelakon remaja yang benar-benar layak digelar pelakon yang bagus dalam industri tempatan.

Beralih ke perkembangan lain, Osman bakal kembali dengan karya filem seram terbaru berjudul "Telaga Suriram" yang menampilkan pelakon berbakat, Maya Karin dan Tiz Zaqyah.

Walau bagaimanapun, barisan pelakon lain masih belum didedahkan buat masa ini.

Selain itu, telefilem seram arahannya iaitu "Sihir Pemisah" yang ditayangkan di saluran Astro Citra baru-baru ini berjaya mendapat sambutan ramai.

Ia menggandingkan dua pelakon hebat iaitu Beto Kusyairy dan Fasha Sandha sebagai peneraju utama.

Cinema Online, 14 Jan 2021

Filem Berkaitan:
Langsuir (Melayu) (20 Sept 2018)
Pinjamkan Hatiku (Melayu) (30 Nov 2017)
Langit Cinta (Melayu) (07 Jan 2016)


Waktu Tayangan