Tonton "Roh" & pelbagai filem menarik dengan RM3 untuk 90 hari di MUBI | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Tonton "Roh" & pelbagai filem menarik dengan RM3 untuk 90 hari di MUBI

Penulis: Nisa Irina

 Jangan ketinggalan untuk menonton "Roh" secara eksklusif di MUBI!
Jangan ketinggalan untuk menonton "Roh" secara eksklusif di MUBI!

13 Jan – Filem seram "Roh" terbitan Kuman Pictures berjaya mencipta fenomena luar biasa setelah ia ditayangkan di pawagam serta menerima sambutan menggalakkan daripada para penonton dan pengkritik filem.

Buat orang ramai yang belum berpeluang untuk menonton atau mahu menonton semula, kini anda boleh menonton "Roh" secara eksklusif menerusi platform penstriman dalam talian MUBI.

Sehubungan dengan itu, MUBI dengan kerjasama Cinema Online menawarkan harga langganan istimewa iaitu serendah RM3 sahaja untuk tiga bulan pertama.

Untuk mendapatkan tawaran ini, anda boleh ke mubi.com/cinemaonline.

Terdahulu, filem cereka sulung arahan Emir Ezwan itu berjaya bertahan di pawagam selama enam minggu dengan kutipan lebih RM500,000 walaupun dalam keadaan negara masih sedang berdepan pandemik COVID-19.

Malah ia turut terpilih untuk bertanding di Festival Filem TOHorror Fantastic 2020 serta menerima tayangan perdananya di Festival Filem Antarabangsa Singapura dan Festival Filem Asia Jogja-NETPAC pada 2019.

Lebih membanggakan, ia turut terpilih untuk mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi (Oscars) 2021 bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik.

Berlatarbelakangkan zaman peperangan, "Roh" mengisahkan sebuah keluarga daif iaitu Mak, Along dan Angah, yang tinggal di pinggir hutan.

Mereka kemudiannya didatangi seorang kanak-kanak perempuan misteri. Kejadian-kejadian aneh mula menghantui mereka selepas kanak-kanak itu meramalkan sesuatu yang ngeri.

"Roh" menampilkan enam pelakon sahaja iaitu Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Namron dan isteri Junainah M. Lojong, serta Putri Syahadah Nurqaseh.

(Sumber foto: MUBI)

Cinema Online, 13 Jan 2021


Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan