FAQ

1. Bagaimana hendak mendaftar sebagai ahli Cinema Online?
2. Bagaimana hendak mengemaskini profil keahlian saya?
3. Bagaimana hendak membatalkan pendaftaran dari Cinema Online?
4. Dimana saya boleh gunakan pas percuma/ terbuka?
5. Mengapa judul filem di sesetengah pawagam kadang-kala terhad?
6. Adakah Cinema Online mempunyai dasar privasi polisi yang selamat untuk ahli-ahli mendaftar tanpa bimbang profil keahlian akan dicuri?
7. Bagaimana saya hendak lihat filem akan datang?
8. Jika saya mahu mengetahui mengenai harga tiket untuk sesuatu pawagam dan promosi istimewa, di mana saya boleh dapatkan informasi ini?
9. ID saya XXX. Saya mendapati ada pihak yang menggunakan ID saya untuk memuat naik komen. Bolehkah saya menukar?
10. Dimana pejabat Cinema Online? Bagaimana saya hendak ke sana?
11. Bila hari dan waktu saya boleh menebus hadiah saya di pejabat Cinema Online?
12. Bagaimana saya hendak meminta hadiah untuk dipos kepada saya dan berapa caj dikenakan?
13. Bagaimana saya akan mengetahui mengenai tarikh akhir penebusan hadiah dan adakah saya akan mendapat hadiah gantian?
14. Bolehkah orang lain menebus hadiah bagi pihak saya?
15. Bagaimana tempat duduk diberikan?



1. Bagaimana hendak mendaftar sebagai ahli Cinema Online?
Jawapan:
Klik pada butang "Log Masuk" di atas kanan halaman (www.cinema.com.my) dan klik "Daftar" untuk mendaftar sebagai ahli. Keahlian adalah percuma.

2. Bagaimana hendak mengemaskini profil keahlian saya?
Jawapan:
Log masuk ke akaun Cinema Online (www.cinema.com.my) menggunakan ID & kata laluan, kemudian klik pada "Kemaskini Profil".

3. Bagaimana hendak membatalkan pendaftaran dari Cinema Online?
Jawapan:
Untuk tujuan keselamatan, kami tidak boleh mengubah status keahlian atau memadam keahlian. Jika anda hendak mengemaskini profil keahlian pada rekod ahli, anda boleh log masuk dan lakukan perubahan.

4. Dimana saya boleh gunakan pas percuma/ terbuka?
Jawapan:
Rujuk pas untuk melihat senarai cawangan pawagam, lokasi atau judul filem: Jika terdapat nama pawagam, maka pas tersebut hanya boleh digunakan dipawagam tersebut sahaja, untuk sebarang judul filem.
  • Jika terdapat judul filem dinyatakan di pas dan tidak nama pawagam, maka ia boleh digunakan di mana-mana pawagam selagi judul filem tersebut masih ditayangkan.
  • Jika pas filem itu daripada pengedar tanpa menyatakan nama pawagam, maka anda boleh gunakan pas tersebut di mana-mana pawagam yang menayangkan filem tersebut. (Cth. 20th Century Fox, Nusantara Edaran Filem, Walt Disney Pictures dll) di mana-mana pawagam.
5. Mengapa judul filem di sesetengah pawagam kadang-kala terhad?
Jawapan:
Berikutan skrin yang terhad di kebanyakan pawagam dan jumlah filem setiap minggu, jadi judul-judul filem akan dipilih untuk ditayangkan mengikut jumlah majority, contohnya filem yang mendapat sambutan ramai. Oleh itu, banyak judul filem lain yang tidak dapat ditayangkan.

6. Adakah Cinema Online mempunyai dasar privasi polisi yang selamat untuk ahli-ahli mendaftar tanpa bimbang profil keahlian akan dicuri?
Jawapan:
Profil ahli dan rekod peribadi dalam www.cinema.com.my disimpan dan hanya individu dibenarkan sahaja boleh menggunakannya. Keahlian memerlukan seperti dibawah:
  • Memuat naik komen di Cinema Onlien forum, di mana hanya ID keahlian anda sahaja akan dipaparkan dan bukan butiran peribadi.
  • Menyertai peraduan, di mana pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan dan bukan berdasarkan butiran peribadi.
  • Menang peraduan, di mana senarai pemenang akan disiarkan menggunakan nama penuh dan bukan nombor kad pengenalan.
  • Menebus hadiah, di mana kad pengenalan perlu ditampilkan untuk tujuan pengesahan.
Nombor kad pengenalan anda tidak akan diberi kepada pihak luar. Cinema Online bertanggungjawab ke atas privasi ahli-ahli Cinema Online. Cinema Online mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam memastikan privasi ahli-ahli dijaga, dan kami akan terus berbuat demikian.

7. Bagaimana saya hendak lihat filem akan datang?
Jawapan:
Anda boleh mencari tarikh tayangan untuk semua filem yang ditayangkan di Malaysia di www.cinema.com.my. Dengan hanya menekan pada "Sedang Tayang" atau "Akan Datang", anda akan mendapat maklumat lanjut mengenai tarikh tayangan filem.

8. Jika saya mahu mengetahui mengenai harga tiket untuk sesuatu pawagam dan promosi istimewa, di mana saya boleh dapatkan informasi ini?
Jawapan:
Harga tiket untuk pelbagai kategori boleh dijumpai dengan mengikuti arahan berikut:
  • Lawati www.cinema.com.my
  • Klik pada "Pilih Pawagam" dalam kotak Waktu Tayangan
  • Klik pada pawagam pilihan anda (Cth. GSC/MBO/Lotus Five Star)
  • Klik pada "Info Pawagam" untuk informasi lanjut.
9. ID saya XXX. Saya mendapati ada pihak yang menggunakan ID saya untuk memuat naik komen. Bolehkah saya menukar?
Jawapan:
Ia mustahil untuk sesetengah karakter sama kerana ia mungkin karakter itu kelihatan seakan-akan sama. Cth: Huruf besar "O" dan nombor kosong, Huruf besar "i" dan huruf kecil "L" dan nombor satu, dll.

10. Dimana pejabat Cinema Online? Bagaimana saya hendak ke sana?
Jawapan: No: 7A, Jalan SS4D/2,
People’s Park,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
Anda boleh menggunakan LDP atau Lebuhraya Persekutuan untuk ke pejabat kami. Klik “sini” untuk mendapatkan peta.

11. Bila hari dan waktu saya boleh menebus hadiah saya di pejabat Cinema Online?
Jawapan:
Isnin hingga Jumaat, pagi [10.00am hingga 12.30pm] & tengahari [1.30pm hingga 5.00pm].

12. Bagaimana saya hendak meminta hadiah untuk dipos kepada saya dan berapa caj dikenakan?
Jawapan:
Hadiah berupa pas filem boleh dihantar menerusi Pos Malaysia. Apa yang anda perlu lakukan adalah membalas butiran ke marketing@cinemaonline.asia
  • Nombor telefom bimbit
  • Nombor K/P
  • Nama penuh
  • Alamat
Jika hadiah tersebut adalah barang dan tidak boleh dipos menggunakan samput surat biasa, kami akan menggunakan Pos Laju. Caj penghantaran akan ditanggung sendiri oleh pemenang dan caj tambahan sebanyak RM10 akan dikenakan untuk pembungkusan dan penghantaran. Sila ambil perhatian yang pihak Cinema Online tidak akan bertanggungjawab ke atas kelewatan, kerosakan atau kehilangan ketika proses penghantaran.

13. Bagaimana saya akan mengetahui mengenai tarikh akhir penebusan hadiah dan adakah saya akan mendapat hadiah gantian?
Jawapan:
Pas filem yang sah untuk tempoh tertentu. Sila ambil pas tersebut secepat mungkin bagi mengelakkan tarikh akhir berlalu. Tiada hadiah gentian akan diberikan.

14. Bolehkah orang lain menebus hadiah bagi pihak saya?
Jawapan:
Ya boleh, pemenang boleh meminta pihak lain untuk menebus hadiah bagi pihak mereka tetapi pihak tersebut perlu membawa salinan kad pengenalan pemenang ketika membuat penebusan di pejabat kami.

15. Bagaimana tempat duduk diberikan?
Jawapan:
Tempat duduk akan diberikan berdasarkan siapa datang dahulu pada hari tayangan, dan tempat duduk mempunyai nombor.

 
 
 
margin: 0 auto;'>