Sinopsis Filem

PAPADOM

Saadom (Afdlin Shauki) adalah seorang peniaga Nasi Kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Sebelum isterinya meninggal dunia, dia meminta Saadom untuk menjaga anak mereka Mia (Liyana Jasmay) dengan baik dan ia mengubah hidup Saadom. Dari seorang ahli perniagaan yang sibuk, Saadom menjadi seorang bapa yang terlalu banyak memfokus kepada kehidupan anaknya. Bila saatnya Mia hendak melanjutkan pelajarannya, Saadom mahukan si anak belajar di Pulau Pinang agar dekat dengannya tetapi Mia memilih untuk pergi jauh agar dapat lari dari bapanya...

Bahasa: Melayu
Sarikata: Na
Klasifikasi: PG13
Tarikh Tayangan: 8 Oktober 2009
Genre: Komedi / Drama / Kekeluargaan
Durasi: 1 Jam 55 Minit
Pengedar: TAYANGAN UNGGUL
Pelakon: Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, Vanidah Imran, Noorkhiriah, Harun Salim Bachik
Pengarah: Afdlin Shauki
Format: NA


Ulasan
Penulis: Lai Swee Wei

Rating Penulis:
Keseluruhan:
Pelakon-pelakon:
Plot:
Kesan khas @ Efek: NA
Sinematografi:

Tonton ini jika anda suka: "Sepi", "I Am Sam"

Sebuah filem daripada Afdlin Shauki mengisahkan hubungan antara ayah-anak berdasarkan situasi 'kalau' benar-benar menyentuh perasaan. "Apa akan jadi kalau isteri aku meninggal dunia?" - satu soalan yang ditanya oleh Afdlin dalam sebuah filem kekeluargaan ini. "Papadom" mengisahkan Saadom (Afdlin Shauki) yang mempunyai perniagaan nasi kandar di Pulau Pinang. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya sehinggakan tidak mempunyai waktu untuk anak perempuannya, Mia (Liyana Jasmay) sampaikan terlupa hari jadinya.

Kemudian, hidupnya berubah selepas isterinya meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya. Dia ditinggalkan sendirian untuk menjaga Mia dan mula sedar betapa anaknya itu penting dalam hidupnya. Menariknya, Saadom berubah daripada seorang pemilik perniagaan kepada seorang ayah yang memberi masa dan sepenuh perhatian serta berusaha untuk menjaga Mia. Dia juga sangat mengawal Mia.

Filem ini memberi satu kisah yang unik dan mempunyai maksud tersembunyi. Pada mulanya, kasih Mia kepada papadom ayahnya itu ditunjukkan, memberikan satu kisah yang tersendiri pada akhir filem. Moral filem ini juga jelas dan mudah difahami kerana ia menunjukkan kesedaran betapa penting keluarga dalam hidup seseorang. Namun di dalam filem ini juga, kita dapat saksikan Saadom sanggup berkelakuan ekstrem sehinggakan dia sanggup bekerja di kampus Mia supaya dia lebih dekat untuk melindunginya. Mengejutkan lagi buat pemenang Pelakon Lelaki Terbaik di FFM 2009, Afdlin mengaku wataknya Saadom benar-benar merefleksi dirinya jika sesuatu terjadi kepada isterinya.

Skrip filem dan persembahan barisan pelakon sangat menghiburkan. Sudah pasti terdapat adegan kelakar memandangkan filem ini diarah dan dilakonkan oleh Afdlin Shauki sendiri. Walaubagaimanapun, jangan terlalu harapkan banyak adegan kelakar memandangkan "Papadom" sebenarnya adalah sebuah drama. Liyana Jasmay memainkan watak Mia, seorang gadis lincah yang baru memulakan kehidupan baru di kampus. Manakala Que Haidar pula memainkan watak sebagai seorang lelaki 'nerd' yang ingin mengurat Mia. Terdapat juga kisah cinta yang dapat ditonton antara watak Vanidah Imran dan Afdlin Shauki. Walaubagaimanapun tidak banyak kerana filem ini lebih memfokuskan kepada Saadom dan Mia.

"Papadom" adalah sebuah filem yang cukup menyentuh perasaan dan memfokuskan hubungan antara seorang ayah dan anak.

Cinema Online, 10 September 2009
   



 
   
Anda boleh terus menempah tiket di MBO Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Premium-X Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di TGV Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di mmCineplexes Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Mega Cineplex, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online