Sinopsis Filem

TALENTIME

Satu pertandingan mencari bakat di sebuah sekolah menyatukan dua hati iaitu Melur (Pamela Chong), gadis melayu kacukan dan Mahesh, seorang pelajar berketurunan India. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan "Talentime" sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah (Adibah Nor). Begitu juga Hafiz (Shafie Naswip), memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak.

Bahasa: Inggeris / Melayu
Sarikata: Na
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 26 Mac 2009
Genre: Komedi / Drama / Romantik
Durasi: 2 Jam 4 Minit
Pengedar: GRAND BRILLIANCE
Pelakon: Mahesh Jugal Kishor, Pamela Chong, Jaclyn Victor, Mohammad Syafie, Syafie Naswip, Mislina Mustaffa
Pengarah: Yasmin Ahmad
Format: NA


Ulasan
Penulis: Nur Safina Othman

Rating Penulis:
Keseluruhan:
Pelakon-pelakon: NA
Plot: NA
Kesan khas @ Efek: NA
Sinematografi: NA

Tonton ini jika anda suka: "Sepet", "Gubra", "Mukhsin"

Filem terbaru daripada Yasmin Ahmad, "Talentime" sememangnya tidak akan menghampakan peminat filem beliau. Gemar menampilkan muka-muka baru dalam filemnya, Talentime menyaksikan Pamela Chong, Mahesh Jugal Kishor dan juga pemenang Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor buat pertama kalinya berlakon di layar perak.

Talentime yang berlatarkan pertandingan bakat antara pelajar di sebuah sekolah mengisahkan persahabatan, kasih sayang dan pengorbanan. Seperti filem-filem Yasmin sebelum ini, ia juga menampilkan perhubungan cinta dua insan yang berbeza latar belakangnya iaitu Melur (Pamela Chong), gadis campuran Melayu-Inggeris jatuh cinta kepada Mahesh (Mahesh Jugal Kishor), lelaki berketurunan India yang datang dari keluarga konservatif.

Yasmin masih mengekalkan beberapa muka lama dalam filemnya seperti Harith Iskander, Ida Nerina, Adibah Noor dan Mislina Mustafa yang berjaya menghiburkan kita dengan watak mereka yang bersahaja. Selain itu, Shafie Naswip yang digilap bakatnya dalam "Mukhsin" juga turut memegang watak sebagai Hafiz.

Bagi pelakon baru Pamela Chong, Mahesh Jugal Kishor dan Jaclyn Victor, lakonan mereka nyata skali tidak mengecewakan walaupun Pamela kelihatan agak berusia dan tidak sesuai digandingkan bersama Mahesh. Percakapannya juga dilihat sedikit kaku dalam filem ini. Pelakon veteran Azean Irdawaty dan Jit Murad juga turut terlibat dalam Talentime. Walaupun sekadar muncul lebih kurang 15 minit, saya masih terhibur dengan babak yang dilakonkan oleh mereka.

Saya merasakan jalan cerita kesemua filem Yasmin Ahmad mudah difahami oleh penonton kerana apa yang dipaparkan olehnya adalah realiti dan berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Walaupun Talentime dilihat sedikit berbeza daripada hasil karya Yasmin Ahmad yang lain, namun pendekatannya masih sama. Filem ini sangat beremosi dan sudah pasti mampu menyentuh jiwa sesiapa sahaja yang menontonnya.

Cinema Online, 26 March 2009
   



 
   
Anda boleh terus menempah tiket di MBO Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Premium-X Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di TGV Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di mmCineplexes Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Mega Cineplex, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online