Sinopsis Filem

The TWILIGHT SAGA NEW MOON

Selepas Bella (Kristin Stewart) pulih daripada serangan yang hampir mengakhiri hidupnya, dia ingin meraikan hari jadinya bersama Edward (Robert Pattinson) dan keluarga Edward. Walaubagaimanapun, satu kemalangan kecil berlaku menyebabkan keadaan terlalu kekok untuk keluarga Cullens. Mereka membuat keputusan untuk meninggalkan Bandar Forks di Washington demi kepentingan Bella dan Edward. Kecewa dengan apa yang berlaku, Bella mendapat ketenangan daripada Jacob Black (Taylor Lautner). Walaubagaimanapun pelbagai bahaya menanti mereka.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Na
Klasifikasi: PG13
Tarikh Tayangan: 26 November 2009
Genre: Drama / Romantik
Durasi: 2 Jam 10 Minit
Pengedar: TAYANGAN UNGGUL
Pelakon: Robert Pattinson, Kristen Stewart, Taylor Lautner, Ashley Greene, Rachelle Lefevre, Kellan Lutz, Edi Gathegi, Dakota Fanning, Peter Facinelli, Cam Gigandet, Anna Kendrick
Pengarah: Chris Weitz
Format: NA


Penulis: Lai Swee Wei

Rating Penulis:
Keseluruhan:
Pelakon-pelakon:
Plot:
Kesan khas @ Efek:
Sinematografi:

Tonton ini jika anda suka: "Twilight"

Selepas "Twilight" diarahkan oleh Catherine Hardwicke, kini filem kedua berdasarkan siri novel popular "Twilight" yang ditulis oleh Stephanie Meyers, "New Moon" pula diberi kepada pengarah "The Golden Compass" (2007) Chris Weitz yang menyerapkan elemen komedi (secara sengaja atau tidak), dialog yang kadang-kala agak jiwang seperti "you give me everything just by breathing" dan juga babak yang sengaja diberikan kepada Taylor Lautner untuk menunjuk tubuh badannya yang sasa seperti satu babak kekok di mana dia membuka baju semata-mata untuk mengesat darah di kepala Bella. Mendahului filem sebelum ini dengan kutipan US$383 juta seluruh dunia, filem kali ini lebih memfokuskan diri Bella Swan (Kristen Stewart) yang kecewa selepas ditinggalkan oleh teman lelakinya yang juga pontianak Edward Cullen (Robert Pattinson) sehari selepas dia meraikan hari jadinya yang ke-18. Keadaan tidak menentu itu telah menyebabkan Bella bertindak membuat aktiviti yang merbahaya dengan harapan Edward akan kembali untuk melindunginya. Tanpa disangka-sangkakan perilakunya itu membawa dirinya lebih dekat dengan Jacob Black (Taylor Lautner) yang sebenarnya adalah serigala jadian.

Lautner dilaporkan 'lengkap' dengan 30 paun otot, yang sudah pasti terbukti di layar perak apabila ada di kalangan penonton, terutamanya perempuan yang menarik nafas dan ketawa kecil apabila tubuh badannya yang sasa itu. Transformasi digital Jacob menjadi serigala juga tidak seperti amatur dan ada peningkatan dari segi kesan visual khas berbeza dengan yang terdapat dalam "Twilight" sebelum ini. Agak menarik melihat perubahan tersebut dan mereka juga bijak bermain dengan ekspresi muka. Tambahan pula, pertarungan antara serigala dan Pontianak juga menarik untuk ditonton. Babak Lautner yang semakin bertambah di dalam "New Moon", peminat Pattinson pasti terasa kecewa kerana babak yang menampilkannya berkurangan dan lebih banyak tampil sebagai lembaga atau hantu apabila Bella membuat aktiviti hobi yang merbahaya itu.

Dengan perjalanan cerita yang agak perlahat itu, penulis merasakan lakonan Kristin Stewart agak hambar atau membosankan memandangkan teknik lakonannya hanya terhad dengan menggigit bibir, lebih banyak memandang bawah dan lain-lain. Agak sukar untuk mempercayai jika dibandingkan dengan Pattinson yang kelihatan lebih menjiwai wataknya. Kali ini, persembahan Lautner akan lebih diingati oleh peminat kerana dia berjaya menunjuk kepelbagaian emosi, selain daripada bertukar menjadi serigala. Dakota Fanning pula memegang watak kecil sebagai Jane, pontianak dengan kuasa yang boleh menyakitkan orang. Ia agak menarik menyaksikan wataknya ketika babak di Volturi, sebuah jawatankuasa pontianak di Itali. Rasanya lebih bagus jika Dakota diberikan watak yang lebih besar kerana dia layak.

Selain daripada itu, terlalu banyak babak berlari yang melibatkan tiga pelakon utama itu yang kemungkinan besar berpotensi mendapat iklan kasut pada masa akan datang. Benar bukan? Secara keseluruhan, filem ini mungkin agak sukar menarik perhatian orang dewasa dengan dialog yang kadang-kala agak menjengkelkan dan terlalu jiwang. Namun sudah pasti menarik perhatian para remaja di luar sana yang sudah pasti mengagumi kisah cinta tiga segi ini.

Cinema Online, 26 November 2009
   



Ticket Pricing Guide
 
   
Anda boleh terus menempah tiket di MBO Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Premium-X Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di TGV Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di mmCineplexes Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Mega Cineplex, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Amerin Cineplex, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Blockbuster Cineplexes, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Emperor Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online