Sinopsis Filem

JANGAN TEGUR

Setelah terlibat dalam kemalangan, Natasya (Julia Ziegler) mula bermimpi mengenai seorang perempuan bernama Baizura (Nadia Mustafar). Natasya bertekad untuk mengetahui perkara yang sebenar tentang siapa agaknya Baizura ini. Sejak sedar dari koma, Natasya sering diganggu oleh makhluk halus yang hanya dapat dilihat oleh dia sahaja. Ini menyebabkan suaminya, Kamal (Pierre Andre) keliru dengan perubahan isterinya kerana dia bukan seorang yang jenis mempercayai perkara-perkara karut.

Bahasa: Melayu
Sarikata: Na
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 9 April 2009
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 23 Minit
Pengedar: METROWEALTH
Pelakon: Julia Ziegler, Pierre Andre, Nadia Mustafar, Almy Nadia, Ellie Suriati
Pengarah: Pierre Andre
Format: NA


Ulasan
Penulis: Wahiduzzaman

Rating Penulis:
Keseluruhan:
Pelakon-pelakon:
Plot:
Kesan khas @ Efek:
Sinematografi:

Tonton ini jika anda suka: "The Eye", "Jangan Pandang Belakang", "Congkak"

Akhirnya, filem paling kontroversi terbitan Metrowealth, "Jangan Tegur" ditayangkan di pawagam serentak di seluruh negara. Filem daripada pelakon/pengarah/penulis skrip Pierre Andre, dilihat bakal mengulangi kejayaan yang sama seperti dua filemnya sebelum ini, "Jangan Pandang Belakang" dan "Congkak".

Melalui "Jangan Tegur", kita dapat saksikan hasil kerja yang semakin baik jika dibandingkan dengan filem sebelum ini. Kita dapat lihat pelbagai usaha telah dicurahkan ketika proses pre-produksi yang membuatkan "Jangan Tegur" mampu berdiri dengan sendirinya. Visual khas yang ada di dalam filem ini berbeza dengan filem seram yang pernah kita tonton di Malaysia. Ianya nampak seperti benar dan meyakinkan tanpa perlu dibuat berlebihan.

Pierre dan pengarah bersama, Ahmad Idham berjaya mengubah satu jalan cerita yang mudah dan ringkas menjadi menarik. Skrip filem dan jalan ceritanya sangat bagus. Ditambah pula dengan hasil kerja kamera dan lampu yang baik sekali. Terdapat beberapa adegan yang menarik dirakamkan secara kreatif terutama sekali satu adegan ketika di lampu isyarat. Ya, ia tidak memberi apa-apa kesan kepada jalan ceritanya tetapi ia berjaya ditunjukkan dengan baik sekali kepada penonton.

Julia Ziegler yang memegang watak sebagai Natasya berjaya menyampaikan dengan bagus. Memandangkan ini adalah filem pertamanya sebagai watak utama, Julia boleh maju lagi. Manakala watak Pierre Andre sebagai Kamal adalah biasa sahaja. Bagi watak sampingan, lakonan Nadia Mustafar dan Ellie Suriaty juga agak biasa. Namun, lakonan Rozita Che Wan sebagai seorang doktor sangat menghampakan kerana langsung tidak meyakinkan.

Malangnya, bunyi khas di dalam "Jangan Tegur" dibuat berlebih-lebihan. Ianya hampir sama seperti "Congkak" dan "Jangan Pandang Belakang". Malah solekan dan kostum juga tidak kena dalam beberapa babak berasingan.

Namun secara keseluruhan, "Jangan Tegur" adalah satu filem yang patut dipuji dan ia juga mungkin membuat anda terfikir akan hasil filem seram tempatan yang lain.

Cinema Online, 13 April 2009
   



 
   
Anda boleh terus menempah tiket di MBO Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Premium-X Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di TGV Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di mmCineplexes Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Mega Cineplex, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online