Sinopsis Filem

BOHSIA: JANGAN PILIH JALAN HITAM

Filem ini berkisahkan mengenai dua gadis, Tasha (Nabila Huda) dan Amy (Salina Saibi) yang menjadi mangsa kerakusan kekejaman manusia. Tanpa pendidikan dan latar belakang keluarga yang sempurna, Tasha dan Amy memilih untuk terjebak dalam dunia lumba haram motorsikal yang sekaligus mengubah nasib kehidupan mereka.

Bahasa: Melayu
Sarikata: Na
Klasifikasi: 18PL
Tarikh Tayangan: 23 April 2009
Genre: Drama
Durasi: 1 Jam 28 Minit
Pengedar: GRAND BRILLIANCE
Pelakon: Syamsul Yusof, Nabila Huda, Salina Saibi, Shaheizy Sam, Diana Danielle, Aaron Aziz
Pengarah: Syamsul Yusof
Format: NA


Penulis: Nur Safina Othman

Rating Penulis:
Keseluruhan:
Pelakon-pelakon:
Plot:
Kesan khas @ Efek: NA
Sinematografi:

Tonton ini jika anda suka: "Remp-It", "KL Menjerit", "Evolusi KL Drift"

Sekali lagi filem yang berkisahkan mat rempit dibuat selepas munculnya filem "KL Menjerit" arahan Badaruddin Azmi. "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam", filem kedua daripada Syamsul Yusof mungkin agak kontroversi jika dilihat tajuknya. Namun apa yang cuba ditonjolkan oleh Syamsul ialah apa yang menyebabkan mereka boleh terlibat dengan gejala sosial itu dan juga untuk memberi pengajaran.

Filem ini mengisahkan dua remaja iaitu Amy (Salina Saibi) dan Tasha (Nabila Huda) yang terjebak dalam dunia rempit dan menjadi mangsa kerakusan manusia berhati binatang kerana kurangnya pendidikan agama dan kasih sayang.

Filem ini dimulakan dengan adegan Tasha dan Amy melepak di Dataran Merdeka sambil dikelilingi oleh ramai mat rempit. Di samping itu, terdapat juga adegan yang menunjukkan sekumpulan mat rempit memandu dengan merbahaya di jalan raya. Hampir keseluruhan aksi di dalam filem ini berjaya ditonjolkan dengan baik sekali. Namun ianya terlalu banyak sehingga agak bosan menontonnya. Namun, muzik latar yang dimainkan ketika permulaan pula sangat bersesuaian dengan apa yang disaksikan.

Yang pasti, lakonan Salina Saibi dan Nabila Huda tidak mengecewakan langsung. Kredit diberikan buat mereka berdua kerana berjaya membawa watak sebagai bohsia dengan baik sekali terutamanya dari segi percakapan dan aksi mereka. Keberanian mereka untuk memegang watak bohsia ini patut dipuji. Bagi Shaheizy Sam yang memegang watak Acai, lakonannya bagus memandangkan ini adalah filem pertamanya. Namun Syamsul yang turut berlakon dilihat seperti tidak kena menjadi mat rempit. Mungkin kerana penampilannya dilihat agak kemas di dalam filem ini. Seolah-olah Syamsul ini adalah mat rempit golongan elit.

Tidak dinafikan mesej yang cuba disampaikan oleh Syamsul bagus dan sama seperti realiti. Namun berapa banyak lagi filem yang berkisahkan mat rempit perlu dibuat? Malah aksi-aksi lagak ngeri yang ditunjuk mungkin akan menyebabkan lebih ramai lagi terjebak dalam gejala sosial ini.

Cinema Online, 17 April 2009
   



 
   
Anda boleh terus menempah tiket di MBO Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Premium-X Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di TGV Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di mmCineplexes Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Mega Cineplex, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Amerin Cineplex, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online