Sinopsis Filem

PISAU CUKUR

Apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella dan Intan, bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi!

Bahasa: Melayu
Sarikata: Na
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 5 November 2009
Genre: Komedi / Romantik
Durasi: 1 Jam 41 Minit
Pengedar: GRAND BRILLIANCE
Pelakon: Nur Fazura, Maya Karin, Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Redza Minhat, Nabila Huda, Umie Aida, Nabil Ahmad
Pengarah: Bernard Chauly
Format: NA


Penulis: Nur Safina Othman

Rating Penulis:
Keseluruhan:
Pelakon-pelakon:
Plot:
Kesan khas @ Efek: NA
Sinematografi:

Tonton ini jika anda suka: "Gol & Gincu"

Penampilan pelakon-pelakon hebat dan berbakat adalah salah satu faktor mengapa anda perlu menonton "Pisau Cukur". Bernard Chauly kembali dengan sebuah lagi filem cereka komedi selepas filem pertamanya, "Gol & Gincu" mendapat sambutan hebat peminat pada tahun 2005. Tajuk "Pisau Cukur" iaitu terma yang digunakan bagi melabel wanita yang mengikis duit lelaki mungkin agak sensitif. Namun yang pasti pada pengakhiran filem ini, penonton akan membawa pulang pengajaran yang cukup bermafaat kepada hidup.

Mengetengahkan elemen komedi pada jalan ceritanya, "Pisau Cukur" mengisahkan dua rakan baik, Bella (Maya Karin) dan Intan (Fazura) pergi bercuti di sebuah kapal peranginan. Ketika bercuti, Bella berusaha untuk mencari bakal suami yang kaya. Manakala Intan pula terlibat dalam satu penyiasatan kes bunuh seorang Datuk yang dikenalinya.

Bernard masih mengekalkan elemen urban dalam penceritaannya, menjadikan "Pisau Cukur" tidak jauh beza dengan "Gol & Gincu". Walaupun jalan penceritaannya ringkas, tidak terlalu berat dan mudah difahami, ianya masih mengetengahkan sebuah idea yang segar dan menarik. Malah elemen komedi yang diterapkan juga membuatkan filem ini semakin menarik ditonton. Subjek filem "Pisau Cukur" ini sudah pasti tertumpu kepada dua wanita cantik yang berusaha untuk mencari lelaki kaya untuk berkahwin dengan alasan supaya hidup senang di masa hadapan. Walaupun subjek dan tajuk filem dilihat agak negatif, terdapat mesej-mesej yang terselit di sebalik penceritaan.

"Pisau Cukur" dibarisi oleh pelakon-pelakon yang berkaliber dan ada antaranya pernah memenangi anugerah di Festival Filem Malaysia (FFM) seperti Fazura (Pelakon Harapan Wanita, FFM'04), Maya Karin (Pelakon Wanita Terbaik, FFM'08), Liyana Jasmay (Pelakon Wanita Terbaik, FFM'09) dan Afdlin Shauki (Pelakon Lelaki Terbaik, FFM'09). Di dalam filem ini, Bernard tidak menampilkan pelakon lelaki sebagai pelakon utama. Sebaliknya dua pelakon wanita, Fazura dan Maya Karin menjadi tunjang kepada "Pisau Cukur". Gabungan pertama Maya Karin dan pelakon yang pernah mencipta kontroversi kerana terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah kelab, Fazura jelas nampak keserasian dari awal hinggalah penghujung filem ini. Pujian diberikan kepada kedua-duanya kerana berjaya menjiwai watak masing-masing dan mengekspresinya dengan baik sekali. Pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz yang membawa watak sebagai Ari dan pelakon baru Shahredza Minhat yang membawa watak Faqir ini juga tidak mengecewakan. Watak-watak yang didukung oleh Eizlan Yusof, Liyana Jasmay, Umie Aida dan ramai lagi turut membantu filem ini lebih menarik untuk ditonton.

Filem kerjasama Red Films dan Primeworks Studios ini ditulis oleh pengacara rancangan TV "3R", Rafidah Abdullah yang turut dipertanggungjawab menghasilkan lakon layar "Gol & Gincu" akan menyampaikan mesej-mesej bermanfaat kepada penonton di sebalik tajuk filemnya yang pasti akan mencetuskan rasa tidak senang hati kepada sesetengah pihak. Oleh itu, tontonlah "Pisau Cukur" dan nilailah sendiri. Bak kata Bernard dalam sebuah akhbar tempatan, "Setiap karya yang bermutu, pasti berupaya menghiburkan semua golongan tanpa perlu dilihat pada fizikalnya."

Cinema Online, 25 August 2009
   



 
   
Anda boleh terus menempah tiket di MBO Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Premium-X Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di TGV Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di mmCineplexes Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Mega Cineplex, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Amerin Cineplex, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online