Sinopsis Filem

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

Upin, Ipin dan rakan-rakan mereka perlu mencari jalan kembali ke Kampung Durian Runtuh selepas keris mistik yang mereka jumpai dalam bilik stor Tok Dalang membuka portal dan membawa mereka terus ke tengah sebuah kerajaan. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu membantu kerajaan itu kembali ke bekas kemuliaannya. Mereka berdepan segala cabaran sepanjang pengembaraan mereka dengan bantuan Mat Jenin, Belalang dan watak-watak lain dari cerita dongeng Malaysia.

Bahasa: Melayu
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 21 Mac 2019
Genre: Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Asyiela Putri, Ahmad Mawardi, Mohd Amir Asyraf, Ernie Zakri
Pengarah: Ahmad Razuri Roseli, Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim
Format: 2D, 2D ATMOS


Penulis: Ashraf Nasser

Rating Penulis:
Keseluruhan:
Pelakon-pelakon:
Plot:
Kesan khas @ Efek:
Sinematografi:

Tonton ini jika anda suka: Geng Pengembaraan Bermula

Setelah lebih 10 tahun menunggu filem animasi 3D kedua "Upin & Ipin" akhirnya ditayangkan juga yang mana kali ini ia diberi judul "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal". Percaya atau tidak filem ini mengambil masa paling lama iaitu lima tahun untuk disiapkan. Selain lama hendak disiapkan, ia juga menelan belanja terbesar iaitu kira-kira RM20 juta sekaligus menjadi antara filem tempatan dengan bajet terbesar.

Dengan bajet yang besar sudah pasti jangkaan tinggi diletakkan terhadap filem animasi terbitan Les' Copaque ini dan ia ternyata menepati jangkaan penonton dan tidak mengecewakan langsung apabila kualiti animasi yang ditampilkan setaraf dengan animasi 3D daripada luar negara.

Filem animasi 3D terbaru "Upin & Ipin" kali ini masih lagi mengekalkan tema asal mereka iaitu mengetengahkan budaya dalam negara dengan kepelbagaian kaum, namun diberi sentuhan berbeza daripada filem pertama atau siri animasi televisyen. Menerusi "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal" ini, pasangan kembar seiras Upin dan Ipin bersama rakan-rakan mereka mengembara ke dunia lain iaitu di Kerajaan Inderaloka selepas mereka terjumpa dengan sebilah keris lama.

Mereka yang terpisah daripada rakan-rakan lain cuba mencari rakan mereka semula dan cuba mencari jalan pulang ke dunia realiti. Bagaimanapun sepanjang perjalanan mereka, mereka telah bertemu dengan beberapa watak dogeng seperti Bawang Merah, Bawang Putih, Raja Bersiong, Mat Jenin dan banyak lagi.

Menyentuh soal plot cerita penulis tidak ada banyak hendak diperkatakan kerana jalan cerita yang ditampilkan sangat menghiburkan terutamanya bagi kanak-kanak kerana ia penuh dengan elemen suspen, aksi, drama dan komedi. Penceritaan juga disusun dengan begitu baik dan tidak berterabur sekaligus memudahkan penonton untuk memahami setiap babak yang ditampilkan.

Bercakap mengenai soal animasi 3D pula, seperti yang anda tahu filem animasi ini menelan belanja besar dan ambil masa lama untuk disiapkan dan ternyata kerja keras mereka diterjemahkan dengan begitu baik sekali. Kualiti animasi yang ditampilkan cukup hebat dan setanding dengan animasi luar negara.

Jadi kesimpulan yang penulis boleh rumuskan di sini adalah "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal" adalah sebuah naskhah yang cukup menghiburkan bukan sahaja bagi kanak-kanak, malah orang dewasa juga akan seronok menonton filem ini. Dengan kualiti yang ditampilkan menjadi penanda aras baru buat industri animasi tempatan yang kini dilihat semakin berkembang dengan pesat. Oleh itu, jangan ketinggalan untuk menonton filem animasi terbaru ini di pawagam berdekatan dengan anda. Pasti anda tidak akan menyesal!


Cinema Online, 02 April 2019
   



Ticket Pricing Guide
 
   
Anda boleh terus menempah tiket di MBO Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Premium-X Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di TGV Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di mmCineplexes Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Mega Cineplex, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Amerin Cineplex, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Blockbuster Cineplexes, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Emperor Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online