Sinopsis Filem

Bikers Kental 2

Bidin Al Zaifa sedang dilamun cinta dengan wanita Thai bernama Cherry Porntit. Dia melamarnya tetapi abang kekasihnya, seorang juara Muay Thai, tidak mahu adiknya berkahwin dengan Bidin. Perkara menjadi lebih buruk apabila musuh Bidin iaitu Al Buqerk memburunya untuk menyelesaikan hutang lama. Dengan bantuan rakannya Eddy dan Aidil, Bidin cuba menyelesaikan masalah cintanya dan musuhnya.

Bahasa: Melayu / Thailand
Sarikata: Inggeris / Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 Mac 2019
Genre: Aksi / Komedi
Durasi: 1 Jam 34 Minit
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Zizan Razak, Afdlin Shauki, Awie, Amerul Affendi, Bront Palarae
Pengarah: Helmi Yusof
Format: 2D


Penulis: Ashraf Nasser

Rating Penulis:
Keseluruhan:
Pelakon-pelakon:
Plot:
Kesan khas @ Efek:
Sinematografi:

Tonton ini jika anda suka: Bikers Kental

Selepas mendapat sambutan memberangsangkan apabila filem pertama "Bikers Kental" ditayangkan pada tahun 2013, ramai peminat yang tidak sabar menanti sekuel filem ini yang mana ianya hanya menjadi kenyataan enam tahun kemudian iaitu pada tahun ini filem "Bikers Kental 2" akhirnya akan ditayangkan.

Apa yang menyedihkan adalah salah seorang pelakon filem ini iaitu Harun Salim Bachik tidak dapat membintangi filem ini apabila dia meninggal dunia kira-kira empat tahun lalu dan pembikinan filem ini boleh dikatakan sebagai 'tribute' untuk Allaharyam yang mana wataknya sebagai Aidil Al-Zaifa memberi impak besar.

Untuk filem kedua ini ia diarahkan oleh pengarah asal iaitu Helmi Yusof yang kembali menggarap filem sekuel ini dengan cuba menampilkan sedikit kelainan daripada filem pertama sebelum ini.

Menyentuh soal jalan cerita untuk filem kedua ini, jika filem pertama memberi fokus kepada 'semangat brotherhood' dengan sedikit elemen romantik diselitkan, namun untuk filem kedua ini elemen romantik, komedi dan aksi mendebarkan diketengahkan dengan sama rata dan yang paling penting semangat 'brotherhood' masih menjadi teras kepada filem "Bikers Kental 2".

Penulis tidak mahu bercerita panjang mengenai jalan cerita filem ini kerana anda boleh membaca sinopsisnya sendiri, tetapi apa yang ingin penulis katakan di sini adalah filem kedua ini lebih menarik dan menghiburkan dari segi penceritaannya. Kesemua elemen yang diketengahkan dalam naskhah ini tampak seimbang.

Bercerita mengenai lakonan pula, dengan barisan pelakon hebat seperti Zizan Razak, Dato' Awie, Dato' Afdlin Shauki, Amerul Affendi, Bront Palarae, Julangtip Sukkasem, Kaew Korravee, Pont Cranium dan ramai lagi ini nyata akan tidak akan menghampakan penonton.

Cuma apa yang penulis ingin tegur adalah dalam filem ini boleh dikatakan watak utama dan watak pembantu mendapat 'masa skrin' yang hampir sama dan ini sedikit sebanyak boleh membuatkan penonton berasa tertanya-tanya yang mana pelakon utama dan yang mana pelakon pembantu.

Sebagai contoh watak Saiya Sukhaporn lakonan Kaew Korravee sangat menyerlah jika hendak dibandingkan dengan pelakon utama wanita iaitu Julangtip Sukkasem yang membawa watak sebagai Cherry Pontit iaitu teman wanita kepada Bidin Al-Zaifa lakonan Zizan Razak.

Tetapi penulis ingin beri pujian kepada Afdlin Shauki yang mana persembahannya dalam filem ini cukup hebat. Mungkin dia ingin 'balas dendam' setelah sekian lama tidak beraksi dalam filem tempatan. Penulis boleh katakan komedi yang ditampilkan oleh Afdlin lebih melucukan daripada Zizan Razak. Selain itu, lakonan Awie tidak perlu dipertikaikan lagi kerana dia sekali lagi berjaya membawa watak sebagai Eddie dengan begitu baik sekali.

Jadi secara keseluruhannya penulis berpuas hati dengan filem ini kerana ia menghiburkan dan tidak memerlukan penonton berfikir banyak sepanjang filem. Ia sebuah naskhah yang 'tonton dan enjoy'. Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan filem "Bikers Kental 2" ini di pawagam pada 14 Mac ini bersama rakan atau keluarga.

Cinema Online, 21 February 2019
  



 
   
Anda boleh terus menempah tiket di MBO Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Premium-X Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di TGV Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di mmCineplexes Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Mega Cineplex, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Amerin Cineplex, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online