Sinopsis Filem

Kuntilanak 2

Seorang wanita bernama Karmila, yang mengaku dirinya adalah ibu kandung Dinda, pergi ke rumah Makcik Donna dan meminta Dinda melawat rumahnya di dalam hutan. Kerana mahu meluangkan masa bersama ibunya, Dinda pergi ke rumah itu tanpa persetujuan Makcik Donna. Akibatnya dia terperangkap di dalam rumah tersebut bersama adik-adik dan rakan-rakannya. Kejadian aneh mula berlaku dan lebih teruk lagi apabila Dinda, yang sebelumnya pernah bertembung dengan makhluk ghaib wanita bergelar Kuntilanak, perlu berdepannya semula. Kali ini ia berbeza daripada makhluk sebelumnya yang dihapuskan menggunakan sihir.

Bahasa: Indonesia
Sarikata: Inggeris / Melayu / Cina
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 25 Julai 2019
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 41 Minit
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Sandrinna Michelle, Andryan Bima, Ali Fikry, Adlu Fahrezy, Ciara Nadine Brosnan
Pengarah: Rizal Mantovani
Format: 2D


Penulis: Ashraf Nasser

Rating Penulis:
Keseluruhan:
Pelakon-pelakon:
Plot:
Kesan khas @ Efek:
Sinematografi:

Tonton ini jika anda suka: "Kuntilanak" & "Pengabdi Setan"

Tidak dapat dinafikan negara jiran kita iaitu Indonesia sangat terkenal dalam menghasilkan filem-filem seram yang cukup memberikan kesan kepada penonton. Terbaru sebuah lagi naskhah seram berjudul "Kuntilanak 2" bakal menghantui pawagam di seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Secara ringkasnya filem sekuel kali ini berkisarkan mengenai seorang wanita bernama Karmila secara tiba-tiba muncul dan mengakui dirinya adalah ibu kandung kepada Dinda. Dia meminta 'anaknya' itu meluangkan masa dengannya di rumah yang terletak di tengah-tengah hutan.

Dinda bersama kakak dan adik beradiknya telah pergi ke sana, dan semuanya mula bertukar menjadi mimpi ngeri apabila wanita itu bukanlah seperti yang didakwa. Kini Dinda perlu jalan untuk menghapuskan Kuntilanak demi menyelamatkan adik beradiknya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini penulis menyedari filem-filem dari Indonesia sering menampilkan latar belakang yang hampir sama iaitu berlatarkan di sebuah kediaman terpencil, rupa bentuk kediaman dan perabot serta gambar yang digantung bertemakan gaya Inggeris lama.

Menyentuh mengenai jalan cerita filem ini pula tidak keterlaluan sekiranya penulis katakan plot cerita ini agak klise dan anda boleh mengagak apa yang akan berlaku pada babak seterusnya. Penulis juga berasa agak terkejut juga apabila elemen 'jump scare' jarang ditampilkan dan jika ada pun impaknya terhadap penonton tidaklah menyeramkan. Perkara itu mungkin berlaku kerana tiada efek bunyi yang terlalu kuat seperti filem-filem seram lain.

Walaupun jalan cerita yang ditampilkan agak klise, namun ia tidaklah membosankan. Apa yang penulis berasa kagum adalah rumah yang terletak di tengah-tengah hutan yang tampak 'real' dan cukup menyakinkan. Dengan menerapkan warna suram sepanjang filem ini, ia sedikit sebanyak membuat 'mood' seram itu ada.

Soal lakonan pula ia diterajui oleh Sandrinna Michelle yang membawa watak sebagai Dinda. Apa yang penulis boleh katakan, walaupun masih lagi cilik namun lakonan yang ditampilkan cukup bagus termasuklah barisan pelakon kanak-kanak lain dan pelakon dewasa lain seperti Andryan Bima, Ali Fikry, Adlu Fahrezy dan Ciara Nadine Brosnan.

Jadi secara keseluruhannya filem arahan Rizal Mantovani ini adalah sebuah naskhah yang masih berbaloi untuk ditonton di pawagam. Tidak seperti filem-filem seram lain, penulis yakin filem ini bukan sahaja dapat ditonton oleh orang remaja dan dewasa sahaja, tetapi kanak-kanak juga boleh menontonnya.


Cinema Online, 22 July 2019
   



 
   
Anda boleh terus menempah tiket di MBO Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Premium-X Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di TGV Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di mmCineplexes Cinemas, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Mega Cineplex, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online
Anda boleh terus menempah tiket di Amerin Cineplex, klik pautan di bawah untuk meneruskan.
Ok      Batalkan
Anda akan keluar dari laman web Cinema Online