IP MAN 2

Dalam sekuel ini, Ip Man (Donnie Yen) tiba di Hong Kong pada 1949, dan mendapati bahawa sekolah seni bela diri di sana beroperasi seperti kongsi gelap berbanding daripada institusi yang dihormati. Usahanya untuk mengajar Wing Chun terpaksa berdepan tentangan Master Hung (Sammo Hung), seorang mahaguru kungfu yang memiliki sebuah pasar ikan dan dibuli oleh pihak berkuasa British. Walau bagaimanapun, dia ditenangkan oleh pelajar cemerlangnya Leung (Chen Dao Ming) dan isterinya yang penyayang dan penyabar (Lynn Hung @ Xiong Dai Lin). Apabila konflik semakin menjadi-jadi, seorang juara tinju Inggeris (Darren Shahlavi) menghina kaum Cina dan mencabar seluruh pertubuhan menyertai pertarungan East vs. West, meninggalkan Master Hung dan Master Ip untuk mencari sekutu mereka.

Bahasa: Cantonese
Sarikata: English / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 29 April 2010
Genre: Aksi
Durasi: 110 Minit
Pengedar: Lotus Five Star
Pelakon: Donnie Yen, Sammo Hung, SiuWong Fan, Huang Xiaoming, Simon Yam, Lynn Hung
Pengarah: Wilson Yip
Format: 2D