KAPOWW: ATOI THE AJAIB BOY

Cita-cita Atoi (Zizan) untuk menjadi seorang superhero tercapai apabila dia mampu bergerak sepantas kilat dan mempunyai penglihatan yang tajam selepas disambar petir. Dia mengikut Din Abu (Afdlin Shauki), seorang pengurus superhero ke Kuala Lumpur dan namanya mula meniti di bibir semua orang. Walaubagaimanapun akibat terkena kejutan budaya dengan populariti yang diraihnya, Atoi mula terjebak dengan kehidupan sosial dan menukar namanya kepada Azroy. Malah apabila ibu, teman wanita dan rakan-rakannya dari kampung datang mencarinya di Kuala Lumpur, Atoi pura-pura tidak mengenali mereka dan mereka yang melihat kelakuannya itu mula memulaukan Atoi. Dia mula sedar dengan kesilapannya, namun telah terlambat kerana Atoi telah kehilangan kuasa dan keluarganya pula telah diculik oleh kuasa jahat, Alakazambo.

Bahasa: Malay
Sarikata: NA
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 17 Jun 2010
Genre: Komedi
Durasi: 110 Minit
Pengedar: Astro Shaw
Pelakon: Lisa Surihani, Afdlin Shauki, Bell Ngasri, Afdlin Shauki, Awie, Zizan Razak
Pengarah: Azizi Chunk
Format: NA, 35MM