The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1

Filem fantasi romantik arahan Bill Condon adaptasi daripada novek karya Stephenie Meyer, "Breaking Down" pertama ini akan menceritakan kisah merpati dua sejoli selepas "Eclipse", di mana Bella mengahwini Edward dan berbulan madu di sebuah pulau, Isle Esme, Brazil. Dua minggu kemudian Bella mula menyedari yang dia telah mengandung anak Edward, separuh manusia-puntianak. Edward mulai bimbang akan kesihatan Bella dan cuba menyakinkan Bella bahawa bayi kandungannya adalah makhluk buas memandangkan kandungan Bella yang membesar pantas luar dari kebiasaan. Konflik bermula apabila Edward meminta Bella menggugurkan kandungan tersebut namun ditolak Bella dengan keras. Apabila bayi ajaib tersebut lahir, puak Volturi memutuskan untuk membunuh bayi tersebut kerana percaya ia akan mendedahkan rahsia puntianak. Berlainan pula dengan puak serigala jadian yang menganggap bayi tersebut satu ancaman kepada kaum mereka.

Bahasa: English
Sarikata: Malay / Chinese
Klasifikasi: PG13
Tarikh Tayangan: 24 November 2011
Genre:
Durasi: 109 Minit
Pengedar: NUSANTARA EDARAN FILEM
Pelakon: Kristen Stewart, Robert Pattinson, Taylor Lautner, Dakota Fanning, Peter Facinelli, Elizabeth Reaser, Ashley Greene, Kellan Lutz, Jackson Rathbone
Pengarah: Bill Condon
Format: 35MM