50/50

Filem arahan Jonathan Levine adaptasi kehidupan penulis skrip lakon, Will Reiser mengisahkan Adam (Joseph Gordon-Levitt), penulis rancangan radio berusia 27 tahun yang disahkan menghidap penyakit barah saraf. Menyedari penyakit yang jarang ditemui itu bakal mengancam nyawanya, Adam nekad untuk tidak menjadikannya penyakit tersebut batu penghalang kehidupan normalnya. Ditemani sahabat baiknya, Kyle (Seth Rogen), mereka berdua sedaya upaya mencari keseronokan, melakukan pelbagai kerja gila melupakan hakikat bahawa maut bila - bila masa akan menjemput Adam. Kembara dua sahababat yang mengheret kepada pelbagai insiden kelakar, pengorbanan ibu juga sokongan doktor terapi muda lagi cun, menyedarkan Adam akan benda juga insan paling bernilai dalam hidupnya.

Bahasa: English
Sarikata: NA
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 24 November 2011
Genre:
Durasi: 100 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Joseph Gordon-Levitt, Seth Rogen, Anna Kendrick, Bryce Dallas Howard
Pengarah: Johnathan Levine
Format: NA