Looper

Dalam dunia gengster pada tahun 2044, seorang pembunuh upahan berusia 25 tahun bernama Joseph Simmons (Joseph Gordon-Levitt) bekerja di sebuah syarikat mafia di Kansas City sebagai seorang 'Looper'. 'Looper' dikehendaki membunuh ejen yang dihantar oleh majikan mereka dari ibu pejabat korporat di Shanghai pada tahun 2074. Mereka akan dibayar dengan syarat semua target tidak dapat melarikan diri. Apabila Simmons menyedari target terbarunya adalah dirinya pada masa hadapan, dirinya yang lama cuba melarikan diri. Kegagalan dalam menjalankan tugasnya telah menyebabkan majikannya cuba mengejar dan memaksa dirinya untuk berjuang.

Bahasa: English
Sarikata: Malay / Chinese
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 28 September 2012
Genre:
Durasi: 110 Minit
Pengedar: NUSANTARA EDARAN FILEM
Pelakon: Bruce Willis, Emily Blunt, Joseph Gordon-Levitt, Jeff Daniels
Pengarah: Rian Johnson
Format: 35MM