The Assassins

"The Assassins", atau dahulu lebih dikenali sebagai "Bronze Sparrow Terrace" adalah sebuah filem drama di bawah arahan Zhao Linshan dan dibintangi Chow Yun-Fat sebagai Laksamana Cao Cao di zaman Dinasti Han. Di sekitar akhir tahun 190 dan 200 sepanjang Dinasti Han Timur, Cao Cao berjaya mengalahkan Lü Bu dan laksamana lain demi menguasai China Utara. Pada tahun 216, Cao Cao memaksa Maharaja Xian memberikannya pangkat Raja Wei. Cao Cao kemudiannya meminta Pelantaran Lelayang Gangsa dibina sebagai simbol kuasa. Pada tahun 220, anak Cao Cao, Cao Pi mendesak ayahnya mendapatkan takhta Han dan mengganti tempat Maharaja Xian, tetapi ramai membantah idea tersebut. Dalam pada masa itu, sepasang kekasih, Mu Shun dan Lingju yang sudah lima tahun dilatih sebagai pembunuh upahan di kem tahanan perang sedang bersedia untuk menjayakan suatu misi rahsia.

Bahasa: Mandarin
Sarikata: English
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 4 Oktober 2012
Genre: Drama
Durasi: 107 Minit
Pengedar: RAM ENTERTAINMENT
Pelakon: Chow Yun-Fat, Crystal Liu Yifei, Tamaki Hiroshi, Alec Su, Annie Yi
Pengarah: Zhao Linshan
Format: 35MM, 2D