Bukit Kepong (Digital Version)

Filem berdasarkan kisah sebenar ini mengisahkan tentang perjuangan pasukan polis dan penduduk di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota polis, apabila mereka diserang oleh 180 pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara.

Bahasa: Malay
Sarikata: NA
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 27 Ogos 2015
Genre:
Durasi: 110 Minit
Pengedar: KRU FILMS
Pelakon: Jins Shamsudin, Hussein Abu Hassan, Dato’ Yusof Haslam, A. Rahim
Pengarah: Jins Shamsudin
Format: 2D