Fire With Fire

Berikutan dari hari bekerja yang penuh sibuk, seorang ahil bomba bernama Jeremy Thomas Coleman dan rakan sekerjanya berniat untuk menamatkan hari mereka dengan pergi minum. Rancangan mereka tidak seperti yang dijangka apabila Jeremy menjadi saksi secara tak sengaja kepada penjaga kedai arak yang menjadi mangsa bunuh kepada Hagan, seorang lelaki berkulit putih. Setelah berjaya melarikan dirinya yang hampir terancam, detektif bernama Mike Cella (Bruce Willis) mendapat tahu mengenai jenayah Hagan dan mula mempunyai niat untuk mendalami kes tersebut. Tetapi apabila Hagan ditangkap dan berjaya dicam oleh Jeremy, Hagan memberitahu bahawa dia mengetahui tentang sejarah Jeremy yang membuatkannya menyertai program perlindungan saksi. Walaupun Jeremy sukar menghadapi masalah kerjayanya itu, dia masih berupaya menghiburkan hatinya dengan Talia Durham, seorang marshal AS yang ditugaskan untuk terlibat dalam kes tersebut. Masalah baru menimpa apabila identiti Jeremy dikompromikan, membuatkannya terpaksa mengambil langkah yang tidak dijangka demi mendapatkan semula kehidupan normalnya dan menyelamatkan orang lain.

Bahasa: English
Sarikata: English
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 10 Januari 2013
Genre:
Durasi: 97 Minit
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Josh Duhamel, Rosario Dawson, Bruce Willis, Vincent D'Onofrio
Pengarah: David Barrett
Format: 35MM, 2D