The Heat

Paul Feig (pengarah filem "Bridesmaids") mengarah filem komedi ini. Sandra Bullock memainkan watak agen khas FBI Sarah Ashburn, seorang penyiasat yang suka mengikut peraturan, terkenal kerana kecekapannya dan sangat sombong. Melissa McCarthy memainkan watak Shannon Mullins, seorang pegawai polis Boston yang sentiasa mengeluarkan kata kesat dan mudah naik marah. Mereka berdua tidak pernah menpunyai seorang rakan sekerja ataupun seorang kawan. Mereka berdua yang tidak serasi terpaksa bekerjasama untuk menewaskan seorang pengedar dadah yang kejam tetapi mereka terpaksa berdepan bukan sahaja sebuah organisasi jenayah yang berkuasa, malahan perangai masing-masing.

Bahasa: English
Sarikata: NA
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 27 Jun 2013
Genre: Komedi
Durasi: 117 Minit
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: Sandra Bullock, Melissa McCarthy, Kaitlin Olson
Pengarah: Paul Feig
Format: 2D