Journey To The West

Filem ini berdasarkan salah satu dari Empat Novel Klassik Terbesar dari sastera China dengan nama yang sama. Stephen Chow menghasilkan filem kontemporari "Journey To The West" yang berkisahkan pengembaraan seorang sami Buddha yang menunaikan haji dari China ke India. Sami tersebut menggembara di "Western Regions" semasa dinasti Tang untuk mendapatkan kitab suci (sutra). Dewi Guanyin, di bawah arahan dari Buddha, memberi misi ini kepada sami tersebut dan tiga pelindungnya. Tiga pelindung dan anak murid sami tersebut ialah Sun Wukong, Zhu Bajie dan Sha Wujing. Seorang putera naga ialah kuda putih sami tersebut. Empat watak ini bersetuju untuk membantu sami untuk membalas dosa mereka.

Bahasa: Cantonese
Sarikata: English / Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 7 Februari 2013
Genre: Pengembaraan
Durasi: 110 Minit
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: Shu Qi, Zhang Wen, Show Luo, Chrissie Chau, Huang Bo
Pengarah: Stephen Chow, Derek Kok
Format: 35MM, 2D