Homefront

Filem ini adalah berdasarkan skrip yang ditulis oleh Sylvester Stallone. Gary Fleder yang terkenal kerana mengarah filem seperti "Kiss The Girls" dan "Runaway Jury" mengarah filem aksi thriller ini. Ianya berkisarkan seorang bekas ejen DEA, Phil Broker (Jason Statham) yang memindahkan keluarganya ke sebuah bandar kecil demi melupakan sejarah silamnya. Setibanya di bandar tersebut, Phil menghadapi pelbagai kes jenayah yang didorong oleh dadah di sebalik keadaan bandar yang kelihatan tenang. Dia turut mendapat perhatian daripada seorang pengedar dadah kejam bernama Gator (James Franco).

Bahasa: English
Sarikata: NA
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 28 November 2013
Genre:
Durasi: 100 Minit
Pengedar: RAINFILM SDN BHD
Pelakon: Jason Statham, James Franco, Kate Bosworth, Winona Ryder, Frank Grillo
Pengarah: Gary Fleder
Format: 2D