SPL 2

Seorang polis Hong Kong, Kit, cuba untuk menumpaskan sebuah organisasi jenayah. Bagaimanapun, dia tidak mengetahui penyamarannya telah terbongkar dan saksi utamanya telah hilang. Organisasi jenayah tersebut kemudian telah menculik Kit dan telah menyumbat Kit dalam penjara di Thailand dengan menggunakan identiti penjenayah palsu. Chai pula seorang pengawal di penjara tersebut yang mempunyai masalah, di mana anak perempuannya menghidap penyakit leukemia dan Kit sahaja penderma yang mampu menyelamatkan anaknya. Chai kemudian telah mengetahui identiti sebenar Kit dan telah membantu Kit untuk melarikan diri jika dia bersetuju untuk menyelamatkan anak perempuannya.

Bahasa: Cantonese
Sarikata: English / Malay / Chinese
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 25 Jun 2015
Genre:
Durasi: 120 Minit
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Tony Jaa, Louis Koo, Jacky Wu, Simon Yam
Pengarah: Soi Cheang
Format: 2D