Southpaw

Filem ini mengisahkan tentang seorang juara tinju bernama Billy Hope yang hidup selesa bersama keluarganya. Bagaimanapun isteri Billy, Maureen, tidak bersetuju dengan karier suaminya dan mahu Billy berhenti dari bertinju supaya dia dapat meluangkan masa bersama anak perempuannya, Leila. Billy kemudiannya telah mengumumkan persaraannya dari dunia tinju. Tetapi apabila isterinya telah terbunuh dengan secara tidak sengaja ketika satu pertengkaran dengan seorang peninju lain, hidup Billy musnah dan hak penjagaan anaknya tidak diberikan kepadanya kerana sikap agresifnya. Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk kembali ke dunia tinju untuk kembali bersama anaknya.

Bahasa: English
Sarikata: Malay / Chinese
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 6 Ogos 2015
Genre:
Durasi: 124 Minit
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Jake Gyllenhaal, Rachel McAdams, Naomie Harris, Forest Whitaker
Pengarah: Antoine Fuqua
Format: 2D