Kingsglaive: Final Fantasy XV

Berlatarkan dunia seperti Bumi bernama Eos yang mana ia telah dibahagi kepada beberapa negara yang pernah mempunyai Kristal ajaib; sekarang hanya negara Lucis sahaja mempunyai Kristal tersebut. Dinasti Caelum menggunakannya untuk mempertahankan diri mereka daripada penceroboh menerusi tembok magik. Dalam beberapa tahun, sebuah empayar maju, Niflheim, telah menawan negara-negara lain dan kini sedang berperang dengan Lucis. Dalam perang ini, Lucis dilindungi oleh unit elit Kingsglaive dengan kuasa magik yang kuat. Raja Regis Lucis Caelum CXIII kemudian menerima syarat-syarat perdamaian dengan Niflheim.

Bahasa: English
Sarikata: Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 4 Ogos 2016
Genre:
Durasi: 110 Minit
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Sean Bean, Lena Headey, Aaron Paul
Pengarah: Takeshi Nozue
Format: 2D