Shuttle Life (MIFFEST)

Ah Qiang tinggal di bandar besar bersama ibunya yang mempunyai masalah mental dan adik perempuan berusia 5 tahun, Hui. Apabila Hui mati dalam kemalangan, Ah Qiang tertekan untuk menuntut mayat adiknya pulang ke rumah. Bagaimanapun, dia kemudian menyedari satu lagi halangan iaitu dia tidak dapat membuktikan hubungannya dengan Hui memandangkan kelahiran adiknya tidak pernah didaftarkan. Tanpa bantuan daripada ibunya, Ah Qiang kini bergelut seorang diri.

Bahasa: Mandarin
Sarikata: English / Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 26 Februari 2018
Genre: Drama
Durasi: 90 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Jack Tan, Angel Chan, Sylvia Chang
Pengarah: Tan Seng Kiat
Format: 2D