Mencari Rahmat (KKIFF)

Razak merupakan seorang anak yatim piatu yang kini begelar seorang ahli perniagaan berjaya di Pulau Pinang. Selepas ibu bapa angkatnya meninggal dalam satu kemalangan, dia mewarisi segala-galanya, termasuk menjadi penjaga kepada cucu mereka berusia 19 tahun bernama Ratna, yang juga yatim piatu. Bagaimanapun, Razak yang merupakan seorang kaki parti dan suka berfoya-foya mahu menunjukkan contoh baik kepada Ratna. Sementara itu, Azman seorang lagi yatim piatu yang dibesarkan oleh makciknya, Datin Azizah. Datin Azizah mempunyai anak perempuan bernama Rose yang juga kekasih Razak. Kehidupan mereka kemudian bertembung sebagaimana rahsia mereka terdedah.

Bahasa: Malay
Sarikata: None
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 22 Julai 2017
Genre:
Durasi: 90 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Namron, Amerul Affendi, Nadia Aqilah, Sharifah Amani, Adibah Noor, Fauziah Nawi, Azman Hassan
Pengarah: Al Jafree Md Yusop
Format: 2D