Pengabdi Setan

Ia berkisarkan tentang sebuah keluarga di mana si ibu telah mengalami sakit yang aneh selama tiga tahun sebelum meninggal dunia. Si bapa kemudian telah mendapat kerja di luar kota dan terpaksa meninggalkan anak-anaknya di rumah. Namun kejadian aneh mula berlaku apabila roh si ibu muncul di rumah. Pada mulanya anak-anak itu merasakan si ibu mahu datang melawat mereka tetapi akhirnya mengetahui bahawa roh ibu mereka mahu membawa mereka pergi ke dunianya.

Bahasa: Indonesian
Sarikata: English / Malay / Chinese
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 23 November 2017
Genre: Seram
Durasi: 107 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Tara Basro, Bront Palarae, Dimas Aditya, Endy Arfian
Pengarah: Joko Anwar
Format: 2D