Dumbo

Filem 'live action' ini adalah adaptasi dari kisah klasik "Dumbo". Dumbo adalah anak gajah yang mempunyai telinga besar dan ini membuatkannya menjadi bahan jenaka di sarkas milik Max Medici. Bekas bintang Holt Farrier dan anaknya Milly dan Joe telah direkrut oleh Medici untuk menjaga Dumbo. Sarkas itu membuat kemunculan semula hebat apabila mereka mendapat tahu Dumbo boleh terbang, yang mana ia menarik perhatian usahawan V.A. Vandevere. Dumbo telah direkrut untuk kolaborasi hiburan terbaru Vandevere iaitu Dreamland. Namun ia tidak seindah yang disangka apabila Holt mengetahui rahsia gelap mengenai Dreamland.

Bahasa: English
Sarikata: Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 28 Mac 2019
Genre:
Durasi: 112 Minit
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Colin Farrell, Michael Keaton, Danny DeVito, Eva Green, Alan Arkin
Pengarah: Tim Burton
Format: 2D, 3D, IMAX 2D, 2D ATMOS, 2D D-BOX, 2D ATMOS D-BOX