Búék (EIC)

Setiap tahun, sekumpulan rakan yang terdiri daripada Aliz bersama adik lelakinya Döme, serta rakan-rakan mereka sejak kecil iaitu Kristóf, Gábor dan Márk akan berkumpul untuk meraikan malam tahun baru. Mereka turut disertai isteri Gábor, Saci, dan teman wanita Márk bernama Fanni. Malam itu, mereka bermain satu permainan iaitu setiap orang perlu berkongsi segala mesej dan panggilan telefon yang diterima, dan meletakkan telefon bimbit mereka di atas meja. Walaupun pada awalnya permainan itu menyeronokkan, namun lama kelamaan rahsia gelap masing-masing mula terbongkar.

Bahasa: Hungarian
Sarikata: English
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 10 November 2020
Genre: Komedi
Durasi: 114 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Vávória Szávai, Béla Mészáros, Bata Éva, Gabor Hever
Pengarah: Krisztina Goda
Format: 2D