All About Me (EIC)

Sebuah adaptasi kisah asal salah seorang pelawak tersohor Jerman, Hape Kerkeling. Filem ini memfokuskan diri pelawak itu ketika dia berusia sembilan tahun di Jerman pada tahun 1972, di mana dia hanyalah seorang budak lelaki gemuk bernama Hans-Peter yang membesar dalam keluarga yang periang, sehinggalah ibunya mengalami kemurungan dan membunuh diri. Hidup keluarganya kini suram, bapanya meninggalkan dia di bawah jagaan dua orang neneknya, yang memberi semangat untuk budak lelaki itu untuk terus hidup. Dia menggunakan kelebihan melawak yang dia ada bukan hanya untuk menghiburkan diri sendiri, tetapi juga orang-orang di sekelilingnya.

Bahasa: German
Sarikata: English
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 8 Disember 2020
Genre: Drama
Durasi: 100 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Julius Weckauf, Luise Heyer, Sönke Möhring
Pengarah: Caroline Link
Format: 2D