Little Forest (KFF)

Berdasarkan manga Jepun oleh Daisuke Igarashi yang sama judulnya, filem adaptasi versi Korea ini menceritakan kisah Song Hye-won yang pulang ke kampung halamannya selepas penat menjalani kehidupan di Seoul. Bukan hanya tertekan dengan jadual kerja padat di sebuah kedai serbaneka, malah dia juga gagal dalam ujian pensijilan perguruan dan mempunyai konflik dengan teman lelakinya. Biarpun ibunya telah lama menghilangkan diri beberapa tahun lalu, Hye-won cuba memulakan hidup baru di kampungnya, bertemankan anjing peliharaannya Ogu, serta dua rakan lamanya, Lee Jae-ha, yang kini bekerja sebagai petani, dan juruwang bank, Joo Eun-sook.

Bahasa: Korean
Sarikata: English
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 10 Disember 2020
Genre: Drama
Durasi: 104 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Kim Tae-ri, Ryu Jun-Yeol, Moon So-Ri, Jin Ki-Joo
Pengarah: Yim Soon-Rye
Format: 2D