The Hustle

Filem ini adalah sebuah 'remake' filem komedi "Dirty Rotten Scoundrels" (1988). Josephine Chesterfield adalah seorang wanita bergaya sementara Penny seorang yang licik. Walaupun berbeza cara, setelah mereka bertemu ketika dalam perjalanan ke French Riviera untuk mencari lelaki kaya untuk diperdaya, mereka mengambil keputusan untuk bekerjasama memperdayakan lelaki yang mengundang masalah kepada wanita. Kini mereka mensasarkan seorang jutawan muda yang naif. 'Remake' filem komedi "Dirty Rotten Scoundrels" pada tahun 1988 ini dibintangi oleh Rebel Wilson dan Anne Hathaway.

Bahasa: English
Sarikata: Malay / Chinese
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 9 Mei 2019
Genre: Komedi
Durasi: 94 Minit
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Rebel Wilson, Anne Hathaway, Alex Sharp, Ingrid Oliver
Pengarah: Chris Addison
Format: 2D