Mata Batin 2

Alia kini tinggal dan melakukan kerja amal di sebuah rumah anak-anak yatim yang dimiliki oleh Puan Laksmi dan Tuan Fadil. Tetapi Alia kemudian berasa sesuatu tidak kena dengan rumah itu. Salah seorang anak yatim di situ, Nadia, juga mempunyai kebolehan melihat roh-roh seperti Alia. Mereka boleh mendengar suara misteri meminta bantuan dari dalam dinding rumah itu. Bagaimanapun kedua-dua mereka telah tersilap langkah apabila secara tidak sengaja membebaskan Darmah, roh jahat yang dikurung dalam sebuah bilik. Kini mereka bersama Puan Windu perlu berdepan dengan Darmah untuk menyelamatkan rumah anak-anak yatim itu.

Bahasa: Indonesian
Sarikata: English
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 9 Mei 2019
Genre: Seram
Durasi: 117 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Jessica Mila, Nabilah Ratna Ayu Azalia, Sophia Latjuba, Jeremy Thomas, Bianca Hello, Citra Prima
Pengarah: Rocky Soraya
Format: 2D, 2D ATMOS