Pee Nak

Sesiapa yang berhasrat mahu ditahbiskan menjadi sami di sebuah kuil lama di pinggir bandar dikatakan akan disumpah. Orang itu akan mati di tangan roh Pee Nak sebelum pentahbisan dapat diselesaikan. Bagi tiga pemuda, mereka tidak mempunyai pilihan lain dan perlu menerima pentahbisan di sana. Dua daripada mereka iaitu Balloon dan First adalah gay yang berjanji mahu menjadi sami jika mereka menang loteri. Lelaki ketiga, Nong, berharap mendapat karma yang baik memandangkan hidupnya sentiasa malang. Teman wanitanya telah meninggalkannya dan dia ditipu oleh rakan perniagaannya. Ketiga-tiga mereka tahu tentang sumpahan Pee Nak tetapi mereka tidak boleh tinggalkan kuil itu kerana sesiapa yang keluar dari kuil sebelum pentahbisan akan mati mengejut.

Bahasa: Thai
Sarikata: English / Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 Mac 2019
Genre:
Durasi: 109 Minit
Pengedar: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD
Pelakon: Vachiravit Paisarnkulwong, Bhuripat Vejvongsatechavat, Witthawat Rattanaboonbaramee, Atiwat Saengtien, Jannine Parawie Weigel, Chinawut Indracusin
Pengarah: Phontharis Chotkijsadarsopon
Format: 2D