Extreme Job

Pasukan narkotik yang sering dipandang rendah di balai polis mereka kini dalam satu misi berisiko membabitkan satu perjanjian dadah antarabangsa. Mereka mengambil alih sebuah restoran ayam berhadapan rumah selamat penjenayah untuk memantau pergerakan kumpulan penjenayah itu. Bagaimanapun perkara menjadi sebaliknya apabila salah seorang detektif memperlihatkan bakat memasaknya. Dengan restoran menjadi terkenal dalam tempoh yang singkat, di mana pelanggan semakin ramai, mereka menghabiskan masa menggoreng ayam daripada menangkap penjenayah. Apabila mereka terlepas perjanjian dadah itu, mereka terpaksa melancarkan operasi khas.

Bahasa: Korean
Sarikata: English / Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 28 Mac 2019
Genre:
Durasi: 111 Minit
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Ryu Seung-Ryong, Lee Hanee, Jin Seon-Kyu, Lee Dong-Hwi, Gong Myung
Pengarah: Lee Byeong-Heon
Format: 2D