London Sweeties

Pron seorang gadis yang sedang menjalani latihan industri. Dia mempunyai satu tabiat pelik iaitu suka bercakap dengan susunan ayat terbalik. Dia juga menyimpan perasaan kepada seorang penyelia bernama Pop. Apabila kakaknya Pen tiba-tiba mahu berkahwin dengan kekasihnya di England, Pron perlu bersedia untuk ke London. Disebabkan dia tidak mahir berbahasa Inggeris, dia digalakkan untuk mengambil kursus Bahasa Inggeris. Di situ dia bertemu dengan seorang mekanik Thai bernama Bo yang menjual rumahnya untuk pergi ke London demi kekasihnya; seorang lelaki muda Thai bernama Jude yang mahu ke London seorang diri untuk mencari cinta dan akhirnya jatuh hati kepada seorang gadis Inggeris bernama Katie; dan seorang remaja Perancis bernama Antoine yang cuba menarik perhatian Pron walaupun tidah fasih berbahasa Inggeris.

Bahasa: Thai
Sarikata: English
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 2 Mei 2019
Genre:
Durasi: 90 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Maylada Susri, Kidakarn Chatkawmanee, Sireeporn Yoogthatat, Nattapong Chadpong, Natthasit Kotimanuswanich, Atchareeya Potipipittanakorn
Pengarah: Kaiguan Team
Format: 2D