Baba Yaga: Terror Of The Dark Forest

Egor dan keluarganya baru berpindah ke sebuah pangsapuri yang terletak di pinggir bandar. Ibu bapanya kemudian mengupah seorang pengasuh untuk adik perempuannya yang baru lahir. Egor mendapati pengasuh itu berkelakuan aneh tetapi ibu bapanya tidak mempercayainya, tambahan lagi selepas mereka melihat keadaan yang normal menerusi kamera litar tertutup. Suatu hari, pengasuh itu telah hilang bersama adik perempuannya, sementara ibu bapanya pula lupa bahawa mereka mempunyai anak perempuan. Dengan bantuan rakan-rakannya, Egor cuba menyiasat dan mendapat tahu pengasuh itu adalah iblis Slavic purba yang dikenali sebagai Baba Yaga.

Bahasa: English
Sarikata: Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 9 Julai 2020
Genre: Seram
Durasi: 97 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Oleg Chugunov, Glafira Golubeva, Artyom Zhigulin, Maryana Spivak, Svetlana Ustinova
Pengarah: Svyatoslav Podgayevskiy
Format: 2D