Black Christmas

Filem ini adalah 'remake' kepada filem arahan Bob Clark tahun 1974 yang sama judul. Riley Stone dan rakan-rakannya daripada kumpulan Mu Kappa Epsilon, Marty, Kris dan Jesse, bercadang untuk mengadakan parti bersempena cuti perayaan Krismas. Namun pelajar di Kolej Hawthorne dilanda ketakutan apabila seorang demi seorang ahli pertubuhan wanita di kampus itu telah dibunuh oleh seorang penghendap. Kejadian itu menyebabkan mereka tidak lagi mempercayai lelaki, termasuk lelaki yang diminatinya, Landon, teman lelaki Marty, Nate serta pensyarah mereka, Profesor Gelson. Kumpulan itu kemudiannya bekerjasama untuk mencari dan melawan pembunuh tersebut.

Bahasa: English
Sarikata: Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 12 Disember 2019
Genre:
Durasi: 95 Minit
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Imogen Poots, Aleyse Shannon, Brittany O'Grady
Pengarah: Sophia Takal
Format: 2D