Shock Wave 2

Tiga tahun selepas bekas pegawai penghapus bom Poon Sing-fung meninggalkan kerjaya polis, dia mendapati dirinya kini seorang suspek yang paling dikehendaki berhubung kes pengeboman bersiri di Hong Kong. Polis beranggapan dia terbabit dengan kes itu setelah menjumpainya dalam keadaan koma dan cedera akibat letupan di salah satu lokasi jenayah. Dia telah disoal siasat dan dipenjarakan selepas bangun dari koma. Memandangkan dia menghidap amnesia, dia tidak ingat sama ada dia terbabit dengan kes serangan bom sepanjang dua tahun lalu. Untuk bebas dari penjara dan membuktikan dia tidak bersalah, dia bekerjasama dengan pegawai penghapus bom Tung Cheuk-man. Sementara itu, bekas kekasihnya Pong Ling, yang kini ketua inspektor Unit Tindak Balas Pengganas, memujuknya untuk menyusup masuk dalam Resurrection Group untuk mencari tahu tentang tindakan organisasi jenayah itu yang seterusnya.

Bahasa: Cantonese
Sarikata: English / Chinese
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 1 Januari 2021
Genre:
Durasi: 121 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Andy Lau, Sean Lau Ching Wan, Ni Ni
Pengarah: Herman Yau
Format: 2D