Motif

Seorang detektif dari bandar, Inspektor Dewi, telah ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan seorang remaja perempuan, Anna, di sebuah pekan terpencil di Tanah Merah. Namun, dirinya tidak disukai oleh penduduk pekan itu, termasuk Inspektor Rizal, detektif yang ditugaskan bersamanya. Bapa kepada Anna, Hussein, tidak percaya bahawa Inspektor Dewi mampu menjalankan tugas dan mencari anaknya. Dalam cuba merungkai dalang di sebalik kehilangan Anna, Inspektor Dewi turut dihantui konflik yang melanda dirinya.

Bahasa: Malay
Sarikata: English
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 26 September 2019
Genre:
Durasi: 85 Minit
Pengedar: Empire Film Solution
Pelakon: Sharifah Amani, Rosyam Nor, Iedil Putra, Taqim Zaki
Pengarah: Nadiah Hamzah
Format: 2D