Primal

Pemburu dan pengumpul haiwan eksotik, Frank Walsh, telah berjaya mendapatkan haiwan-haiwan eksotik dari hutan Amazon, termasuk seekor jaguar putih, yang kini sedang dihantar oleh kapal pengangkut Greek. Tanpa pengetahuannya, kapal itu turut mengangkut seorang pembunuh upahan secara rahsia untuk dihantar semula ke Amerika. Apabila pembunuh upahan itu berjaya meloloskan diri, dia membebaskan jaguar putih dan haiwan-haiwan lain, menyebabkan huru-hara di atas kapal tersebut. Walsh perlu menggunakan kepakaran dan kemahirannya untuk memburu serta menangkap pembunuh upahan tersebut.

Bahasa: English
Sarikata: Malay / Chinese
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 14 November 2019
Genre: Aksi
Durasi: 95 Minit
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Nicolas Cage, Kevin Durand, Famke Janssen, Michael Imperioli, LaMonica Garrett
Pengarah: Nick Powell
Format: 2D