The Sacred Riana: Beginning

Sejak kecil, Riana tinggal bersama kedua ibu bapanya, yang menjalankan perniagaan sebuah rumah pengebumian, di sebuah bandar kecil. Mereka kemudiannya terpaksa berpindah ke rumah pakcik Johan di Jakarta selepas keluarga mereka dilanda malapetaka. Di sana, Riana menemui sebuah patung bernama Riani. Riana mula berhenti berkomunikasi dengan orang lain dan hanya berkawan dengan patung itu. Ketidakhadiran Riana ke sekolah menyebabkan guru kaunselingnya, Cikgu Klara, pergi melawatnya di rumah dan menasihati supaya Riana menjalani pemulihan. Sejak itu, ibu bapa Riana kerap menerima gangguan aneh. Cikgu Klara kembali bersama Hendro, Lusi dan Anggi, untuk membantu Riana bersosial. Namun, kedatangan mereka menimbulkan masalah yang lebih besar, satu makhluk jahat dari masa lampau bangkit dan mengganggu mereka semua.

Bahasa: Indonesian
Sarikata: English
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 12 Disember 2019
Genre: Seram
Durasi: 111 Minit
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: The Sacred Riana, Aura Kasih, Agatha Chelsea, Prabu Revolusi
Pengarah: Billy Christian
Format: 2D