Code 8

Berlatarbelakangkan sebuah dunia di mana empat peratus daripada populasi dilahirkan dengan kuasa luar biasa. Namun, golongan itu berdepan diskriminasi dan hidup dalam kemiskinan, yang membawa kepada perbuatan jenayah. Demi membiayai kos perubatan ibunya yang sakit, Connor Reed yang mempunyai kuasa istimewa, bekerja sebagai seorang buruh sehinggalah dia terjebak dengan dunia jenayah yang menguntungkan. Dia telah dipengaruhi oleh Garret, orang bawahan kepada Marcus Sutcliffe, iaitu raja dadah yang memerintah Bandar Lincoln. Dalam pada dia cuba mempertingkatkan kuasanya untuk melakukan aktiviti jenayah, dia telah menjadi buruan pihak polis yang diketuai oleh Ejen Park dan Ejen Davis.

Bahasa: English
Sarikata: English / Malay / Chinese
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 14 November 2019
Genre:
Durasi: 98 Minit
Pengedar: Mega Films Distribution Sdn Bhd
Pelakon: Robbie Amell, Stephen Amell, Sung Kang, Alex Mallari Jr
Pengarah: Jeff Chan
Format: 2D