Motichoor Chaknachoor

Walaupun sedang menganggur, Pushpender terdesak untuk mencari wanita untuk dijadikan isteri dan sanggup melakukan apa sahaja demi menunaikan hasratnya. Dia kemudiannya jatuh cinta kepada Anita, yang juga sedang mencari calon suami. Namun bakal suaminya haruslah mengikut permintaannya untuk tinggal di luar negara selepas berkahwin. Situasi menjadi kacau bilau apabila Anita mendapati Pushpender sedang menganggur, dan tidak mempunyai kerja yang bagus di Dubai seperti yang dipercayainya.

Bahasa: Hindi
Sarikata: English / Malay
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 15 November 2019
Genre:
Durasi: 150 Minit
Pengedar: Suraya Filem
Pelakon: Nawazuddin Siddiqui, Athiya Shetty, Vibha Chibber
Pengarah: Debamitra Biswal
Format: 2D