Masquerade Hotel (JFF)

Nombor-nombor yang ditinggalkan di setiap lokasi jenayah adalah satu-satunya kaitan antara tiga kes pembunuhan yang dilakukan dalam pelbagai cara di sekitar bandar Tokyo. Detektif Kosuke percaya bahawa nombor-nombor itu akan mendedahkan lokasi pembunuhan seterusnya: sebuah hotel terkenal di Tokyo. Berpandukan maklumat ini, dia menyamar sebagai pekerja di hotel itu. Dia ditugaskan di bahagian 'front desk', namun wajahnya yang berkerut dan fokusnya untuk menangkap pembunuh itu tidak membantu penyamarannya, hingga ia disedari oleh Naomi, salah seorang pekerja hotel itu. Naomi perlu menyembunyikan tindakan detektif itu dengan pantas sementara memastikan semua tetamu hotel berada dalam keadaan selamat.

Bahasa: Japanese
Sarikata: English
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 7 Januari 2021
Genre: Suspens
Durasi: 134 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Takuya Kimura, Masami Nagasawa, Fumiyo Kohinata, Zen Kajihara
Pengarah: Masayuki Suzuki
Format: 2D